Masa muda inilah kita semakin mengenal erti kehidupan. Ini kerana
sebelum ini kita berada di alam kanak-kanak . Pada zaman kanak-kanak
kita masih tidak mengenali erti kehidupan lagi. Pada masa muda inilah
kita semakin mengenali siapa diri kita, apa yang kita minat dan
sebagainya.
Justeru kita sebagai pemuda muslim perlu membina dan memiliki
kekuatan agar menjadi pemuda yang lebih baik dan lebih dicintai Allah
SWT, lalu apakah yang perlu diperkuatkan oleh kita?
Justeru saya teringat pesanan Syeikh Dr Yusof Al Qardhawi, beliau
menyatakan sekurang-kurangnya ada 3 perkara yang perlu diperkuatkan oleh
pemuda.